{63}
AL-MUAFIQUN (orang-orang munafik). 1~11.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Apabila
orang-orang munafik itu datang kepada mu, mereka akan berkata; “kami mengakui
bahawa se nya engkau pesuruh Allah”, pada hal Allah mengetahui bahawa se nya
engkau pesuruhnya, dan Allah menyaksikan bahawa se nya munafikin itu
orang-orang yang berdusta.
2. Mereka
jadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perlindungan, lalu mereka halangi
(manusia) dari jalan Allah, sesungguhnya jelek apa yang telah mereka kerjakan.
3. Yang
demikian (ialah) lantaran mereka
beriman, kemudian mereka kufur, lalu dimenterai atas hati-hati mereka, oleh
itu, mereka tidak bisa faham.
4. Dan
apabila engkau lihat mereka, menghairankan mu taubat-taubat mereka, dan jika
mereka berkata-kata, engaku dengarkan perkataan mereka, mereka itu
seolah-seolah kayu yang disandarkan.
Taip-tiap teriak kan, mereka sangka buat membahayakan
mereka, mereka lah musuh, maka
hendakalahh awasi mereka. Allah laknati mereka ! kemanakah mereka dipalingkan
?
5. Dan
apabila dikatakan kepada mereka; “marilah supaya Rasul Allah mintakan ampun
bagi kamu”, mereka palingkan kepala-kepala mereka, dan engaku bisa lihat mereka
berpaling didalam keadaan mereka menyombong.
6. Sama
sahaja terhadap mereka, mahupun engkau
mintakan ampun bagi mereka atau pun tidak engkau mintakan ampun bagi mereka, Allah
tidak akan ampunkan mereka, sesungguhnya Allah tidak memimpin kaum yang
derhaka.
7.
Merekalah yang berkata; “janganlah kamu beri belanja kepada orang-orang yang
disisi Rasul Allah, supaya mereka berpisah”,
pada hal bagi Allah lah perbandaharaan langit-langit dan bumi, tetapi
munafikin itu tidak mengerti.
8. Mereka
berkata; “jika kita kembali ke Medinah, nescaya orang yang mulia keluarkan
orang yang hina daripadanya”, pada hal bagi Allah lah kemuliaan dan bagi Rasul
nya dan bagi mukminin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.
9. Hai
orang-orang yang beriman ! janganlah harta-harta kamu dan anak-anak kamu
lalaikan kamu daripada mengingat Allah, kerana barang siapa berubat demikian,
maka merekalah orang-oranng yang rugi.
10. Dan
belanjakan lah sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada kamu sebelum
datang kematian kepada seseorang dari kamu lalu ia berkata; “mengapakah tidak
engaku mundurkan (kematian) ku kepada satu masa yang dekat, supaya aku
bersedekah dan jadikan aku dari orang-orang yang baik-baik”.
No comments:
Post a Comment